Salam,,,
Semua Presiden dan Setiausaha Kelab Pelapis dipohon mengambil perhatian segera.
Senarai nama peserta yang akan menghadiri Kursus Intensif Pelapis PJS pada 14 & 15 Disember 2010 telah pun diedarkan ke Kelab masing-masing sebagai rujukan pihak tuan. Hanya peserta yang tersenarai sahaja diminta hadir ke program tersebut. Senarai kehadiran yang dikeluarkan adalah MUKTAMAD DAN TIADA SEBARANG PENAMBAHAN.
Kepada mana-mana peserta yang belum mengesahkan pengangkutan dan tarikh kehadiran mereka, sila berbuat demikian dengan segera sebagai rujukan dan tindakan pihak AJK.
Perhatian dan peringatan kepada semua presiden kelab dan peserta program :-
1 - Kehadiran peserta adalah WAJIB. Penggunaan proksi atau wakil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Potongan bonus akan dibuat kepada peserta sekiranya gagal hadir pada hari program.
2 - Hanya peserta yang layak sahaja yang dibenarkan mengikuti program.
3 - Pemarkahan merit akan diberikan kepada peserta yang komitmen dalam program. Pemarkahan merit diberikan seperti yang berikut :
i - Program Zon : 3 point akan diberikan
ii - Program National - 10 point akan diberikan
Pemarkahan ini akan melayakkan seseorang itu menjadi PJS Regular.
4 - Etika pakaian peserta semasa program adalah seperti yang berikut :
Lelaki : Kemeja berlengan panjang
Jaket atau Blazer berwarna hitam
Berseluar panjang hitam
Berkasut hitam
Perempuan : Baju kurung atau Jubah
Bertudung hitam
Kasut bertutup
Memakai stokin berwarna hitam
5 - Setiap peserta juga dikehendaki membawa sejadah masing-masing pada hari program tersebut.
6 - Senarai penginapan para peserta Pelapis PJS adalah seperti yang berikut :
i - Homestay HPA, Laguna Merbok
ii - El Zahraa Hotel, Lagenda Height
iii - Casa Lagenda Hotel, Lagenda Height.
Sila hubungi pegawai bertugas, En Khidhir Othman (019-4582205) pada hari pendaftaran.
7 - Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En Kamal (013-4804717) dan Cik Normalina (019-2212073).